Friday, 24 June 2011

Siapakah Dia.... ( Episod 2 )

     Setibanya di 7-eleven, tangan aku mencapai 2 botol air mineral ( Akitf ), F&N Seasons Teh Bunga, Twisters  Keju, Dentyne Spearmint, dan Top Up Maxis. Sesudah membuat bayaran dikaunter, aku melangkah keluar dari kedai itu. Hati ku mula merasakan sesuatu, kaki kiriku terasa amat sakit sekali hendak melangkah. Perlahan-lahan kakiku melangkah. Sambil menghidupkan sebatang rokok Marlboro Menthol. Hanya beberapa tapak lagi kakiku melangkah untuk melintas jalan. Aku terlihat seorang sedang berjalan menghala ke arah aku. Disebabkan kakiku sakit aku perlahankan langkahku..

     Tidak semena-mena hatiku digerakkan oleh ALLAH yg maha esa untuk aku berehat sebentar dihadapan pintu Broadway Hotel. Sedang aku menghirup udara pagi dibandar Pulau Pinang. Tiba-tiba seorang pak cik yang tadi berjalan menghala aku memberi salam.
"Assalammulaikum." Sapa pak cik itu yg berbaju kotak-kotak.
" Walaikumsalam." Sambutku dengan nada yang perlahan. Sambil mataku memerhatikan pak cik tu dari atas ke bawah. Dalam hatiku berbisik pak cik ni nak ke mana. Dengan membawa sebuah beg, sekaki payung, sebuah beg plastik merah serta mulutnya sedang mengunyah sesuatu...
" Pak cik nak ke mana? Pagi-pagi macam ni.." aku bertanya sambil mataku memerhatikannya.
" Dari Padang Kota Lama minta siapa-siapa yang nak memberi derma ikhlas." Sambung pak cik tu, sambil tangan kanannyamengambil kerang rebus didalam beg plastik merah yang dibawa.
" La ni nak pi Masjid, tido dan solat Subuh." Sambungnya.
" La yer ker........" aku membalas.


Bersambung................

Siapakah Dia.... ( Episod 1 )

     Baru sahaja melabuhkan tubuh dikatil, setelah seharian berjalan-jalan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Jam di tangan menunjukkan tepat pada pukul 12.05 pagi bersamaan 21 jun 2011. Tiba-tiba tekakku terasa sangat dahaga. Terlupa hendak membeli air sebentar tadi untuk menghilangkan rasa haus ditekakku. Rasanya tidak sanggup hendak berjalan keluar dari bilik hotel dimana tempat aku menginap.

     Entah kenapa hati ini berbisik untuk keluar mencari seteguk air buat menghilang dahaga. Tapi kaki kiriku terlalu berat untuk menapak serta ada rasa sakit dipangkal peha kiriku. Waktu berputar tanpaku sedari, kini sudah jam 12.55 pagi. Disebabkan tekak sudah pun kering serta teramat dahaga. Aku pun kuatkan semangat untuk berdiri serta keluar dari bilik hotel. Dengan mengayakan diriku sehelai baju hitam lengan panjang berkolar tinggi ditambah seluar pendek Paul Smith kelabu. Aku pun berjalan sejauh 10 minit dari hotel ke kedai 7-eleven.


bersambung.......................

Tuesday, 21 June 2011

Beribu Sesalan Ku Di Sini...

Ku susuri malam ini
Yang tidak berbintang sunyi sepi
Juga rembulan dah menghilang
Dalam kelam ku sendiri

Ku mencari hembus bayu
Yang selalu berbisik madah rindu
Kini membisu dalam sayu
Tidak ku temu suaramu
Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu


Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini diiringi
Kisah janji dimungkiri lagi

Kekasihku di jalanan yang berliku
Di saat ku perlukanmu
Tertutup jua segalanya terhadapmu
Di sini ku tersedu-sedu
Setelah cinta pergi
Ku mengusung duka ini
Diiringi

Kisah janji
Dimungkiri
Dimungkiri

Sia-sia ku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu

Sia-siaku
Mencintaimu
Setia padamu
Percayakanmu

Sebak dadaku
Retak hatiku
Luka jiwaku
Dihiris pilu
Beribu sesalanku.

Dapat Ilham Disini Yg Banyak Serta Tenang Apabila Melihatnya...
Thank You Penang 20-22 June 2011
Padang Kota Lama..

Thursday, 16 June 2011

Berani Mati

Ini adalah photo shoot yang paling berani pernah aku buat dalam banyak2 photo shoot. Walaupun terketar2 semasa ambil takut gambar nie akan dijual atau dipasarkan dipasaran gelap. Tapi aku cabarkan diri aku untuk aku maju kehadapan setelah melangkah setapak ke dunia seni. Apabila siap gambar nie aku amat teruja serta suka ngan hasil yg paling menarik sekali.. Terima Kasih pada Juru Gambar Terkenal.. Hasil Yg Cukup Sempurna.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
V
Gambar Yg Cantik Serta Ada Sedi Pada Gambar Nie...



Gambar Nie Simple Serta Penuh Maksud Yg Tersendiri...


Cuba Teka Pic Nie Apa Maksud Yang Cuba Disampaikan Pada Yg Melihatnya...






Ini Pun Seni Mcm Mana Boleh X Nampak Seluar Aku...


Sampoi....



Suka Ngan Gambar Nie...



Apa Yer Yang Sedang Di Fikirkan....

Inilah beberapa gambar yg terbaik serta yg paling berani aku ambil.. Yg lain tu teramatlah skema. Biasa2 jer..... So Apa Kata Anda Apabila Melihatnya....

Luka dihati.

aku termenung sendiri,
berfikir dan terus berfikir..
aku tertanya..
percintaan itu apa ertinya?
sedalam mana ketulusannya?
seindah mana kemesraannya?
dan sejujur manakah percintaan itu?
puas ku mencari,Namun...
masih belum ku temui jua..
ku cuba selami..
menerangi ruang sekelilingku,,
lantas ku kembali ,
menghirup udara pagi,,
yg segar,nyaman dan damai,
apa yang ku cari telah ku temui,,
biarkanlah diri ini sendiri,,
merentas lautan hitam tanpa rumah cahaya,,

sebagai sinar sebuah percintaan yang tulus dan ikhlas...
Aku Yg Merindui Dirinya.

Misteri Cinta

Kau bertanya padaku..
Mengapa aku sangat mengasihimu..
Dan sentiasa inginkan..
Agar kau selalu ada disisi..



Bagaimana harusku huraikan..
Dengan kata misteri cinta..
Kerana tuhan saja
Yang tahu jawapannya..



Andainya aku mampu gambarkan padamu..
Andainya aku mampu bercerita..
Akan ku lukis sebuah lukisan..
Dan tulis novel cinta kau dan aku..



Kau bisikan padaku..
Bahawa engkau juga rasa..
Bergitu dan berharap agar..
ku fahami cinta sucimu..

Monday, 13 June 2011

Andai kau Sudi Disampingku.

Dingin malam seakan mengigit hati
Nan sepi tersisih dipinggir derita
Tanpa berteman....
Tanpa kemanisan sendirian
Ditemani dian malam yang kian kelam cahayanya..
Sepi sekeping hati ini ingin sekali ku
khabarkan padamu yang hadir tiap
Detik hanya kelukaan...

Mungkinkah ada pengertian antara kita?
Kau pernah terluka dan aku jua sama-sama rasa pedihnya..
aku menangis kerana dia....
Kehadiranmu membawa khabar gembira
yang dulu hilang...

Niatmu nan suci itu tak ingin ku pinggirkan..
Namun mengayam angan denganmu bagai 1 mimpi...
Bagaimana dapatku nyatakan diri ini
Tak seindah bidadari impianmu....
Terasa kerdilnya menyulam kasih itu...
Namun aku rela walaupun
secebis ruang hatimu kau simpan untukku...
Kelam malam kian menyedarkan aku...
Tak usah leka...
Yakinilah aku hati ini kan ku simpan sudah untukmu..
Andai kau sudi disampingku
Dan selalu setia hanya untukku....

Kenangan Demi Kenangan Bersamanya.. (Episod 2)

    Jam didinding rumah tepat pada pukul 12.40 petang. 
" YA ALLAH!! sudah terlambat aku bangun ". Aku berkata sendirian. Solat subuh sudah berlalu jauh tanpa aku sedari. Tangan kananku mencapai telefon bimbit, dan mataku tertumpu pada skrin telefon tersebut. Tercatat 3 panggilan yg tidak dijawab serta 2 mesaj yg belum dibaca. Pantas aku bangun dari kamar beradu, jalan ke kamar mandi untuk membersihkan diri.
  " Bagaikan gajah mendapat air", air paip yang mencurah keluar dari paip membasahi seluruh tubuhku yang dalam kepanasan. Benak fikiranku tersentak seketika waktu apabila teringat kembali tentang telefon bimbitku yang tertera satu nombor telefon yang tidak aku kenali.
  Ku pandang luar rumahku terlihat langit sungguh cerah, mentari memancarkan sinaran bersertakan sekumpulan awan yang berarak dari utara ke selatan yang mengamitkan pandangan mata yang melihatnya. Bergitulah Kekuasaan maha pencipta alam ini. Hari ini aku tidak bertugas kerana hari cutiku, setalah hampir 2jam selesai mengemas rumah, aku bagaikan hilang arah. Lalu mencapai sehelai seluar jeans serta sehelai baju tanpa kolar. Pantas menghidupkan enjin kereta. Pelbagai lagu sudah kedengaran dari dalam perutku, itu adalah petanda yang perut aku kosong dan perlu diisi segera..

Thursday, 9 June 2011

Falsafah Hidupku

Biar malam gelap gelita...
Ku kan terus melangkah jua...
Tak hirau pada duri ranjau...
Di lembah dan di gunung..

Ketika siang mentari memancar...
Hingga hangus tubuhku terbakar...
Tak mungkin ku merasa gentar..
Memburu kejayaan..

Itulah falsafah hidupku...
Yang kugenggam dengan kukuh...
Sejak aku mula mengenal...
Derita kepahitan dunia...

Biar cabaran yang datang melanda...
Pasti kutempuh sepenuh daya...
Biarlah bersusah dahulu..
Dan senang kemudian..

Kejayaan yang dicapai..
Dari setiap kekecewaan dan penderitaan...
Mengandungi nikmat yang tinggi nilainya...
 

Kita Tiada Apa

Bukan ku tak cinta..
Bukan ku memungkiri..
Mungkin kita tak selalu memahami..
Aku cinta kamu..
Aku sayang kamu..
Mengapa ini semua terjadi..
Bukan ku meminta perpisahan ini terjadi..
Sungguh ku tak mengerti..
Mungkin kita tidak direstui ilahi..
Mungkin jua kita yg salah..
Dulu sering bersuka ria..
Dulu sering bermanja mesra..
Kini kau tinggalkan aku..
Kau pergi bersama dia..
Walaupun hidup ku sensara..
Ku masih teruskan jua..
Kita tinggal kenangan saja..
pergilah sayang..

Bukan ku meminta perpisahan ini terjadi..
Sungguh ku tak mengerti.. oooo..
Mungkin kita tidak direstui ilahi..
Mungkin jua kita yg salah..
Dulu sering bersuka ria..
Dulu sering bermanja mesra..
Kini kau tinggalkan aku..
Kau pergi bersama dia..
Walaupun hidup ku sensara..
Ku masih teruskan jua..
Kita tinggal kenangan saja..
pergilah sayang..oooo..

Wednesday, 8 June 2011

Kenangan Demi Kenangan Bersamanya.. (Episod 1)

Mei 2007, Sedang sibuk aku menyusun meja didalam kedai, datang seorg customer duduk disofa menunggu aku menghantar menu kepadanya. Seperti biasa aku akan melemparkan senyuman yg manis serta memikat hati pada yg melihatnya.

" Selamat pagi " aku menyambut kedatangannya.
" Selamat pagi ", manis senyuman adik. katanya kepada diriku..

Aku pun berlalu meninggalkannya selepas menghulurkan menu makanan padanya. Sambil menyambung kembali kerja yg aku tinggalkan sebentar tadi..
5 minit kemudian dia melambai tangan tanda sudah bersedia untuk apa yg ingin dipesan..

" Ye boleh saya ambil order sekarang" Aku berkata padanya..
" Ok adik, beri saya 1 Black Paper Chicken & Green Apple Kasturi, After meal bawakan saya New York Cheese. Tq" Katanya kepada ku.


Kata-katanya yang pantas seperti pembaca berita membuat aku tergamam apabila berdiri bersebelahannya. Nasib baiklah aku ni agak cekap serta memberi tumpuan semasa mengambil pesanannya sebentar tadi.. 
Setelah hampir 10 minit dia menunggu, pesanan yg dia pesan pun sampai ker mejanya. Oleh kerana tiada staff ketika itu maka aku terpaksalah buat semua kerja yg perlu dibuat oleh seorg staff. Sambil melakukan kerja harian itu, aku merasakan diri aku macam ada yg perhatikan dr tadi. Sungguh tidak senang aku dibuatnya ketika itu. Aku pun cuba beranggapan negatif, adakah waktu itu seluar aku koyak atau zip seluar aku tidak tertutup. Serba salah dibuatnya aku pada ketika itu. Namun pada ketika itulah entah kenapa anak mata aku amat jahat sekali, aku mencuri pandangan ke arah customer yg sedang duduk menikmati makanannya dengan sungguh selera.

Maka pada ketika itulah br ku sedar yg diri aku sedang diperhatikan olehnya. Mata kami berpandangan antara satu sama lain, membuatkan aku segan sendiri lalu mengalihkan pandangan aku ke tempat lain.
Entah kenapa ketika itu lututku kaku serta jantung ku berdetup kencang bagaikan aku berlari 5 pusingan dipadang.

Selesai makanan utama tadi, aku terus menghantar cake yg dipesan. Sambil mengangkat pinggan yg sudah habis makanannya. Tiba-tiba kedengaran suara yg lembut menegur ku.

" Siapa nama" kata customer itu kepada aku.
" Panggil bard sahaja" aku membalas dengan segera.
" Melayu Ke Cina awak nie, nama betul siapa" sambungnya pada ku.
" Nama saya ..... bin ...., kenapa yer? " aku pula membalasnya.
" Wah! sedap sungguh nama adk ni, panjang pula nak menyebutnya." sambungannya..

Aku yg dalam kebinggungan terus meninggalkannya tanpa kata-kata. Selesai cake dipinggan di makan dia menuju terus ker counter cashier untuk membayar bilnya. Dalam masa yg sama aku sudah berada disitu untuk memberi layanan seterusnya. Tiba-tiba dia menghulurkan sekeping name card yg tertera nama serta no telefonnya. 

" Nanti jika free msg me, i call u back." kata-katanya membuatkan aku tersenyum sambil berkata.
" Insyaallah, saya akan msg kemudian atau selesai saya bertugas."

Lepas memberi sejumlah wang yang perlu dibayar, dia terus berlalu meninggalkan aku disitu. Sehingga terlupa mengambil wang bakinya.






Kasih Sayang...

Setiap hati inginkan kasih-sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat yang mulia, baik dan sempurna. Tidak ada seorang manusiapun yang tidak inginkan kebaikan, kemuliaan dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. Ketika dipinggirkan, kita inginkan kasih-sayang. Ketika dizalimi, kita inginkan keadilan. Baiklah, hakikat itulah bukti yang sebenarnya manusia cinta dan rindukan Allah. Justeru, Allah sahaja yang memiliki segala-gala yang diingini oleh manusia.