Wednesday, 8 June 2011

Kenangan Demi Kenangan Bersamanya.. (Episod 1)

Mei 2007, Sedang sibuk aku menyusun meja didalam kedai, datang seorg customer duduk disofa menunggu aku menghantar menu kepadanya. Seperti biasa aku akan melemparkan senyuman yg manis serta memikat hati pada yg melihatnya.

" Selamat pagi " aku menyambut kedatangannya.
" Selamat pagi ", manis senyuman adik. katanya kepada diriku..

Aku pun berlalu meninggalkannya selepas menghulurkan menu makanan padanya. Sambil menyambung kembali kerja yg aku tinggalkan sebentar tadi..
5 minit kemudian dia melambai tangan tanda sudah bersedia untuk apa yg ingin dipesan..

" Ye boleh saya ambil order sekarang" Aku berkata padanya..
" Ok adik, beri saya 1 Black Paper Chicken & Green Apple Kasturi, After meal bawakan saya New York Cheese. Tq" Katanya kepada ku.


Kata-katanya yang pantas seperti pembaca berita membuat aku tergamam apabila berdiri bersebelahannya. Nasib baiklah aku ni agak cekap serta memberi tumpuan semasa mengambil pesanannya sebentar tadi.. 
Setelah hampir 10 minit dia menunggu, pesanan yg dia pesan pun sampai ker mejanya. Oleh kerana tiada staff ketika itu maka aku terpaksalah buat semua kerja yg perlu dibuat oleh seorg staff. Sambil melakukan kerja harian itu, aku merasakan diri aku macam ada yg perhatikan dr tadi. Sungguh tidak senang aku dibuatnya ketika itu. Aku pun cuba beranggapan negatif, adakah waktu itu seluar aku koyak atau zip seluar aku tidak tertutup. Serba salah dibuatnya aku pada ketika itu. Namun pada ketika itulah entah kenapa anak mata aku amat jahat sekali, aku mencuri pandangan ke arah customer yg sedang duduk menikmati makanannya dengan sungguh selera.

Maka pada ketika itulah br ku sedar yg diri aku sedang diperhatikan olehnya. Mata kami berpandangan antara satu sama lain, membuatkan aku segan sendiri lalu mengalihkan pandangan aku ke tempat lain.
Entah kenapa ketika itu lututku kaku serta jantung ku berdetup kencang bagaikan aku berlari 5 pusingan dipadang.

Selesai makanan utama tadi, aku terus menghantar cake yg dipesan. Sambil mengangkat pinggan yg sudah habis makanannya. Tiba-tiba kedengaran suara yg lembut menegur ku.

" Siapa nama" kata customer itu kepada aku.
" Panggil bard sahaja" aku membalas dengan segera.
" Melayu Ke Cina awak nie, nama betul siapa" sambungnya pada ku.
" Nama saya ..... bin ...., kenapa yer? " aku pula membalasnya.
" Wah! sedap sungguh nama adk ni, panjang pula nak menyebutnya." sambungannya..

Aku yg dalam kebinggungan terus meninggalkannya tanpa kata-kata. Selesai cake dipinggan di makan dia menuju terus ker counter cashier untuk membayar bilnya. Dalam masa yg sama aku sudah berada disitu untuk memberi layanan seterusnya. Tiba-tiba dia menghulurkan sekeping name card yg tertera nama serta no telefonnya. 

" Nanti jika free msg me, i call u back." kata-katanya membuatkan aku tersenyum sambil berkata.
" Insyaallah, saya akan msg kemudian atau selesai saya bertugas."

Lepas memberi sejumlah wang yang perlu dibayar, dia terus berlalu meninggalkan aku disitu. Sehingga terlupa mengambil wang bakinya.






No comments:

Post a Comment