Monday, 13 June 2011

Kenangan Demi Kenangan Bersamanya.. (Episod 2)

    Jam didinding rumah tepat pada pukul 12.40 petang. 
" YA ALLAH!! sudah terlambat aku bangun ". Aku berkata sendirian. Solat subuh sudah berlalu jauh tanpa aku sedari. Tangan kananku mencapai telefon bimbit, dan mataku tertumpu pada skrin telefon tersebut. Tercatat 3 panggilan yg tidak dijawab serta 2 mesaj yg belum dibaca. Pantas aku bangun dari kamar beradu, jalan ke kamar mandi untuk membersihkan diri.
  " Bagaikan gajah mendapat air", air paip yang mencurah keluar dari paip membasahi seluruh tubuhku yang dalam kepanasan. Benak fikiranku tersentak seketika waktu apabila teringat kembali tentang telefon bimbitku yang tertera satu nombor telefon yang tidak aku kenali.
  Ku pandang luar rumahku terlihat langit sungguh cerah, mentari memancarkan sinaran bersertakan sekumpulan awan yang berarak dari utara ke selatan yang mengamitkan pandangan mata yang melihatnya. Bergitulah Kekuasaan maha pencipta alam ini. Hari ini aku tidak bertugas kerana hari cutiku, setalah hampir 2jam selesai mengemas rumah, aku bagaikan hilang arah. Lalu mencapai sehelai seluar jeans serta sehelai baju tanpa kolar. Pantas menghidupkan enjin kereta. Pelbagai lagu sudah kedengaran dari dalam perutku, itu adalah petanda yang perut aku kosong dan perlu diisi segera..

No comments:

Post a Comment