Friday, 24 June 2011

Siapakah Dia.... ( Episod 1 )

     Baru sahaja melabuhkan tubuh dikatil, setelah seharian berjalan-jalan di Padang Kota Lama, Pulau Pinang. Jam di tangan menunjukkan tepat pada pukul 12.05 pagi bersamaan 21 jun 2011. Tiba-tiba tekakku terasa sangat dahaga. Terlupa hendak membeli air sebentar tadi untuk menghilangkan rasa haus ditekakku. Rasanya tidak sanggup hendak berjalan keluar dari bilik hotel dimana tempat aku menginap.

     Entah kenapa hati ini berbisik untuk keluar mencari seteguk air buat menghilang dahaga. Tapi kaki kiriku terlalu berat untuk menapak serta ada rasa sakit dipangkal peha kiriku. Waktu berputar tanpaku sedari, kini sudah jam 12.55 pagi. Disebabkan tekak sudah pun kering serta teramat dahaga. Aku pun kuatkan semangat untuk berdiri serta keluar dari bilik hotel. Dengan mengayakan diriku sehelai baju hitam lengan panjang berkolar tinggi ditambah seluar pendek Paul Smith kelabu. Aku pun berjalan sejauh 10 minit dari hotel ke kedai 7-eleven.


bersambung.......................

No comments:

Post a Comment